21 Tempat Menarik di Guangzhou (2022)

guangzhou

Guangzhou merupakan salah satu bandar terbesar dengan metropolis yang luas di bahagian selatan China yang mempunyai ciri-ciri menawannya. Tidak seperti bandar besar yang lain di China, Guangzhou memberikan pengalaman yang lain sama sekali. Mungkin ia disebabkan oleh cuaca yang lebih panas atau kemesraan penduduk di sini, tetapi Guangzhou dengan tempat menarik yang banyaknya tetap merupakan hentian yang wajib bila melancong ke China.

Suasana yang meriah bergabung dengan aktiviti yang menyeronokkan di bandar bersejarah ini memang tidak patut dilepaskan. Dikenali juga sebagai “City of Five Rams”, di sini ialah 21 tempat menarik di Guangzhou yang anda harus masukkan ke dalam senarai tempat percutian anda di sini.


1. Taman Safari Chimelong

chimelong safari park
(source: chimelong.com)

Guangzhou merupakan satu lagi bandar China yang mempunyai zoo yang mengagumkan serta melayani haiwannya dengan baik. Ianya tidak menghairankan yang anda akan menghabiskan sepanjang hari bersiar-siar di sini sambil menghayati tamannya yang luas yang dipenuhi dengan dedaunan tropika yang menawan. Saiz Taman Safari Chimelong ini memang besar dan anda boleh meneroka pameran haiwan liar di sini dengan beberapa cara.

Anda boleh memilih untuk menghayatinya dari kereta kabel, bas safari ataupun berjalan kaki. Usaha pemuliharaan taman ini dengan “Wild Tour” dilakukan dengan sangat baik menjadikan tempat ini begitu indah dan sesuai untuk dikunjungi oleh pencinta haiwan dan dengan seisi keluarga.

2. Resort Pelancong Chimelong

chimelong tourist resort
(source: chimelong.com)

Jika anda mengidamkan masa yang lebih seronok lagi, anda harus melawat dan mencuba semua tarikan yang ditawarkan oleh Resort Pelancong Chimelong. Di resort ini terdapat sebuah taman hiburan, taman air, taman burung, dan juga hiburan sarkas. Tempat ini seumpama Disney China sebelum munculnya Disney Resort di Shanghai pada tahun 2016.

Tidak seperti banyak benda di China, taman Chimelong ini diaturkan dengan rapi dan sistematik. Anda dinasihati untuk melawat taman ini dan resort pada hari bekerja untuk mengelakkan orang ramai.

3. Katedral Hati Kudus

sacred heart cathedral

Bangunan ini yang disiap bina pada tahun 1888 merupakan salah satu Katedral yang dibina sepenuhnya daripada batu granit di dunia ini. Anda mungkin tidak tahu bahawa proses membina bangunan ini telah mengambil tempoh selama 25 tahun. Jika anda mempunyai masa lapang, anda boleh menghadiri sesi berdoa pada waktu pagi atau pada hujung minggu. Mereka menawarkan servis dalam Bahasa Inggeris, Korea, Kantonis dan juga Mandarin.

Anda masih boleh mengunjungi Katedral ini untuk seketika jika anda tidak berminat untuk menghadiri servis yang sedia ada.


4. Menara Canton

canton tower
(source: arup.com)

Kebanyakan kali anda akan dapat melihat Menara Canton di dalam banyak gambar pemandangan Guangzhou. Menara Canton merupakan salah satu daripada tempat menarik di Guangzhou, dengan ketinggiannya yang hampir 600 meter dari paras laut. Pada waktu malam, ia memancarkan lampu berwarna-warni yang sangat cantik dan pada siang hari pula anda boleh melawati dek pengamatan untuk pemandangan Guangzhou yang mengagumkan. Jika anda tidak ingin mencuba tunggangan dan tarikan yang mendebarkan di sini, anda boleh memilih untuk menjamu selera di kedai kopi dan restoran yang terdapat di sini.

5. Dataran Huacheng

huacheng square
(source: videoblocks.com)

Di dataran ini, anda akan dapat merasai kehidupan kontemporari penduduk di sini. Anda boleh berjalan-jalan dan berehat sambil menghayati kehidupan biasa yang dinikmati oleh rakyat Guangzhou yang aman makmur. Dataran yang luar biasa ini dipenuhi dengan kolam dan air pancut dan mempunyai kawasan yang bebas daripada kereta yang boleh diterokai. Untuk sesi membeli-belah, anda boleh bergerak ke aras bawah dataran ini, di mana “Mall of the World” boleh dijumpai.

Sekeliling dataran ini terdapat Muzium Guangdong, Pusat Kewangan Antarabangsa dan Menara Canton yang terletak di seberang sungai. Tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang baik untuk melawat pada waktu malam untuk persembahan lampu berwarna-warni yang benar-benar akan memukau hati anda.

6. Redtory

redtory
(source: visionsoftravel.org)

Tempat menarik di Guangzhou ini merupakan kawasan tempat kilang perindustrian pada masa lalu. Sekarang Redtory merupakan tempat peminat seni kerap datang melawat. Di sinilah anda akan dapat melihat pelbagai galeri seni yang hebat serta ruang seni yang menakjubkan, memenuhi seluruh pelosok Redtory. Di sini terdapat juga banyak pejabat moden, kedai-kedai butik yang bergaya dan kedai kopi dengan seni rekanya yang sangat istimewa.

Anda harus melawat tempat ini untuk menghayati China moden apabila anda mengelilingi diri dengan kreativiti di sini. Ia merupakan satu tempat yang bagus untuk beristirahat semasa bersiar-siar di sini dan anda mungkin juga akan membawa pulang buah tangan yang kreatif yang anda beli dari sini untuk menghiasi rumah anda.

7. Pulau Shamian

shamian island
(source: tripsavvy.com)

Anda boleh meluangkan masa untuk melawat Pulau Shamian untuk melihat bandar China ini daripada perspektif lain. Pulau ini pernah berfungsi sebagai pelabuhan perdagangan luar negeri yang penting pada masa Dinasti Song hingga ke Dinasti Qing. Tempat menarik di Guangzhou ini terdapat banyak bangunan dan gereja bersejarah untuk diterokai dalam lawatan anda ke sini. Inspirasi seni bina bangunan di sini banyak dipengaruhi oleh Eropah, ianya seumpama anda telah melawat sebuah bandar kecil di Eropah.

Satu laluan air kecil memisahkan pulau ini dari tanah besar tetapi ia masih mudah diakses, sejurus memberikan anda cara yang cantik untuk menghabiskan masa anda di sini sambil menghayati pemandangan yang cantik.

8. Taman Baomo

baomo garden
(source: chinatoursnet.com)

Walaupun terletak di pinggir pusat bandar, Taman Baomo (salah satu tempat menarik di Guangzhou) merupakan satu tempat di mana anda boleh menyaksikan seni reka China Selatan dan taman yang cantik. Jika anda pernah melawat bandar di wilayah utara China, anda akan dapat melihat perbezaan gaya di antara mereka. Taman ini telah dicipta pada akhir Dinasti Qing dan dimusnahkan pada tahun 1950-an.

Tetapi tidak lama kemudian, ia dibina dan dipulih semua kepada rupa asalnya yang cantik.

9. Muzium Guangdong

guangdong museum
(source: arup.com)

Jika anda berada di Dataran Huacheng, tempat yang bagus untuk dilawati di Guangzhou selepas itu ialah Muzium Guangdong. Muzium ini merupakan salah satu tempat menarik di Guangzhou yang terbaru tetapi sejak 2004, ia telah menjadi tumpuan utama di pusat Guangzhou. Di sini anda boleh menghayati pameran tembikar, seramik, kaligrafi, lukisan, fosil dan banyak lagi selain daripada pameran sementara yang menambah lagi jenis seni untuk diamati oleh orang ramai.

10. Taman Yuyin

yuyin garden
(source: trekearth.com)

Taman yang menakjubkan ini pernah menjadi kawasan peribadi yang dibina pada tahun 1864. Disebabkan oleh keindahannya, tempat menarik di Guangzhou ini menjadi objek idaman banyak pelancong. Berjalan-jalan di sekitar taman ini akan membuat anda berasa nyaman dan aman dengan jambatan yang membawa anda melalui kolam renang, astaka, bukit berbatu, dan bunga mekar.

Begitu berbezanya pengalaman di taman ini berbanding dengan bandar di luar yang sibuk dan oleh sebab itu, jangan lupa untuk mengambil gambar pemandangan di sini sebagai kenangan yang indah untuk dibawa pulang.

11. Akademi Klan Chen

chen clan academy

Dibina pada tahun 1894, Akademi Klan Chen merupakan dewan belajar untuk menyediakan anak lelaki untuk ujian imperialis yang intensif. Pada hari ini, ia merupakan Muzium Kesenian Rakyat Guangdong yang mempunyai 19 buah bangunan dengan pelbagai pameran karya seni yang termasuk kraf dan alat peninggalan budaya China. Anda boleh meluangkan masa selama satu jam atau lebih di tempat yang aman ini bergantung pada keinginan anda.

12. Dewan Peringatan Sun Yat-Sen

sun yat sen memorial hall guangzhou
(source: airfrance.ie)

Dewan peringatan yang berbentuk oktagon unik ini sahaja adalah sebab yang cukup kuat untuk anda melawat tempat menarik di Guangzhou ini. Tetapi disebabkan oleh nilai sejarahnya yang akan menarik perhatian anda, anda mungkin akan meluangkan lebih banyak masa di tempat ini yang merupakan Istana Presiden pada satu masa. Bangunan ini pernah dimusnahkan akibat serangan musuh ke atas Sun Yat-Sen.

Kemudian pada tahun 1931, sebuah dewan peringatan didirikan untuk memperingati beliau. Sekali lagi, ia dimusnahkan tetapi ia diperbaiki beberapa kali lagi sehingga tahun 1998. Sejarah yang bakal anda belajar di sini akan membuat anda berasa kagum.

13. Gunung Baiyun

baiyun mountain

Orang Cina memang suka melawat gunung, sesuatu yang anda akan pelajari dengan cepat apabila anda melawat ke mana-mana bandar China yang mempunyai gunung dan Guangzhou tidak dikecualikan. Gunung Baiyun, juga dikenali sebagai Gunung Awan merupakan kawasan yang indah dan mempunyai 30 puncak, dengan puncak tertingginya pada 1,200 kaki di atas paras laut. Anda harus melawat tempat ini untuk menghayati udaranya yang segar dan suasana yang menyenangkan.

Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan kereta kabel atau menaiki tangga untuk sampai ke “Peak Park”. Untuk masa yang lebih menyenangkan dan kurang sesak, anda dinasihatkan untuk melawat pada hari biasa.

14. Sungai Mutiara

pearl river guangzhou
(source: hulutrip.com)

Sungai yang mengalir melalui pusat bandar ini kelihatan biasa pada siang hari tetapi pada waktu malam lain ceritanya, di mana pemandangannya memang indah sekali. Salah satu cara terbaik untuk menikmati pemandangan ini adalah melalui kapal pesiaran sungai yang disediakan di sini. Anda boleh menghayati landskap bandar ini dengan lampu terang benderang yang menawan hati, lambang bandar Guangzhou yang unik dan bersemangat. Ia merupakan satu pengalaman yang anda tidak boleh lepaskan!

15. Taman Yuexiu

Di taman ini, anda akan dapat melihat pameran Patung “Five Rams”, simbol Guangzhou di mana nama julukannya berasal. Di taman ini juga, anda akan dapat mencari Muzium Guangzhou yang terletak dalam Menara Zhenhai. Ini juga merupakan salah satu lagi seni bina di bandar yang telah dimusnahkan dan dibaiki semula berkali-kali sejak pembinaan asalnya pada tahun 1380.

16. Makam Raja Nanyue

mausoleum nanyue king
(source: scmp.com)

Adakah anda berani untuk masuk ke Makam Raja Nanyue ini? Tempat menarik di Guangzhou ini membenarkan anda merasai perasaan dalam makam sebenar sambil menghayati semua artifak yang terdapat di sini. Usia makam ini lebih daripada 2,000 tahun tetapi ia baru ditemui pada tahun 1983. Selepas penemuan hebat ini, mereka telah membuka muzium Makan Raja Nanyue ini untuk berkongsi penemuan ini dengan orang ramai.

17. Kuil Enam Pohon Banyan

temple of the six banyan trees

Pada mulanya, kuil ini dibina untuk Maharaja Wu pada tahun 537. Tetapi kemudian, kuil kuno Guangzhou ini dibina semula dan dinamakan Enam Pohon Bayan berdasarkan puisi seorang sastrawan terkenal, Su Shi. Bahagian yang paling luar biasa di kuil ini adalah “Golden Buddha Hall” dan Pagoda Bunga 9-tingkat dengan bahagian luar kuil yang terang benderang yang menawan perhatian semua orang yang melawat tempat menarik di Guangzhou ini.

18. Akademi Ketenteraan Whampoa

whampoa military academy
(picture by: RolfMueller)

Ia merupakan bekas sekolah tentera yang dibuka pada tahun 1924. Akademi ini diuruskan oleh parti pemerintah pada masa itu, Kuomintang dan berpindah kepada hak komunis pada tahun 1950. Sejak itu, ia telah menjadi sebuah muzium yang mempamerkan banyak khazanah bersejarah. Terjemahan dalam Bahasa Inggeris disediakan supaya anda boleh memahami dan menghayati sejarah China dengan lebih mendalam lagi.

19. Kuil Guangxiao

guangxiao temple
(picture by: Huang Xin)

Pada zaman dahulu, tempat menarik di Guangzhou ini merupakan sebuah kediaman seorang raja. Beribu-ribu tahun selepas itu semasa era Tiga Kerajaan, ia telah berubah menjadi sebuah kuil. Tempat menarik ini pernah dimusnahkan beberapa kali tetapi dibina semula ke seni reka yang asal dengan saiz yang lebih kecil berbanding dengan yang dahulu. Walaupun demikian, Kuil Guangxiao kekal sebagai salah satu kuil yang paling penting dan wajib dikunjungi di bandar ini.

20. Pasar Perubatan Cina Qing Ping

qing ping chinese medicine market

Adakah anda ingin mencari sesuatu yang eksotik semasa berada di Guangzhou? Jika ya, anda patut meneroka Pasar Perubatan Cina Qing Ping kerana di sini, anda boleh membeli pelbagai jenis herba tradisional Cina untuk kesihatan anda. Untuk menambah ilmu tentang herba-herba di sini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan seorang pemandu tempatan yang fasih berbahasa Inggeris untuk memberi penerangan yang lebih mendalam dan cara yang betul untuk menggunakan herba-herba tersebut.

21. Taman Botani China Selatan

south china botanical garden
(source: abc.net.au)

Terletak di bahagian utara bandar Guangzhou, terdapat satu daya tarikan paling menakjubkan yang tidak patut dilepaskan dalam lawatan anda. Taman ini wujud sejak tahun 1929 dan digelarkan sebagai taman tropika Asia yang tertua dan terbesar di seluruh China.

Di sini terdapat satu konservatori bersebelahan dengan “Long Dong Magic Forest” dan juga sebuah kampung Neolithic rekreasi yang dinamakan sebagai salah satu tempat paling indah di bandar ini. Ia mempunyai dua tasik buatan manusia yang bertema “Palm Garden” dan “Garden Relic”. “Palm Garden” mempamerkan pelbagai spesies pokok yang kekal hijau sepanjang tahun dan “Garden Relic” pula mempamerkan pemandangan alam semula jadi empat musim yang begitu epik dan menakjubkan.

Jangan lupa untuk menjamah makanan terkenal semasa anda berada di Guangzhou! Makanan di sini banyak dipengaruhi oleh budaya Kantonis dan oleh sebab itu, anda akan melihat dim sum dijual di merata-rata tempat di bandar ini. Selain itu, budaya teh juga merupakan pengaruh besar dalam makanan di Guangzhou. Tanpa sebarang keraguan, teh memang memainkan peranan penting dalam budaya Cina tetapi rakyat Guangzhou menganggapnya dengan sangat serius.

Sebagai kesimpulannya, banyak yang anda boleh menikmati di Guangzhou dari tempat menarik dan makanan yang tiada bandingannya dalam lawatan anda.