Ketahui kalendar cuti umum Malaysia 2022. Skrol ke bawah untuk dapatkan semua cuti umum di Malaysia atau kenal pasti cuti berdasarkan negeri.
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|
01-Jan | Sab | Tahun Baru | Semua Negeri (kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu) |
14-Jan | Jum | Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
18-Jan | Sel | Thaipusam | Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Putrajaya & Selangor |
01-Feb | Sel | Hari Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya |
01-Feb | Sel | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
02-Feb | Rab | Cuti Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
01-Mar | Sel | Israk dan Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu |
04-Mar | Jum | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
23-Mar | Rab | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
03-Apr | Ahd | Awal Ramadan | Johor, Kedah & Malacca |
04-Apr | Isn | Cuti Awal Ramadan | Malacca |
15-Apr | Jum | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Malacca |
15-Apr | Jum | Good Friday | Sabah & Sarawak |
19-Apr | Sel | Nuzul Al-Quran | Semua Negeri (kecuali Johor, Kedah, Malacca, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak) |
26-Apr | Sel | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
01-Mei | Ahd | Hari Pekerja | Semua Negeri |
02-Mei | Isn | Cuti Hari Pekerja | Semua Negeri (kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu) |
03-Mei | Sel | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
04-Mei | Rab | Cuti Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
15-Mei | Ahd | Hari Wesak | Semua Negeri |
16-Mei | Isn | Cuti Hari Wesak | Semua Negeri (kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu) |
17-Mei | Sel | Hari Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
22-Mei | Ahd | Hari Hol Pahang | Pahang |
23-Mei | Isn | Cuti Hari Hol Pahang | Pahang |
30-Mei | Isn | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
31-Mei | Sel | Cuti Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
01-Jun | Rab | Hari Gawai | Sarawak |
02-Jun | Kha | Cuti Hari Gawai | Sarawak |
06-Jun | Isn | Hari Keputeraan YDP Agong | Semua Negeri |
19-Jun | Ahd | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
07-Jul | Kha | Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Penang |
09-Jul | Sab | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Penang |
09-Jul | Sab | Hari Arafat | Terengganu |
10-Jul | Ahd | Hari Raya Haji | Semua Negeri |
11-Jul | Isn | Cuti Hari Raya Haji | Semua Negeri (kecuali Johor) |
12-Jul | Sel | Cuti Hari Raya Haji | Perlis & Terengganu |
22-Jul | Jum | Hari Sarawak | Sarawak |
30-Jul | Sab | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
30-Jul | Sab | Awal Muharram | Semua Negeri |
31-Jul | Ahd | Cuti Awal Muharram | Kelantan & Terengganu |
24-Ogs | Rab | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka | Malacca |
31-Ogs | Rab | Hari Merdeka | Semua Negeri |
03-Sep | Sab | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
16-Sep | Jum | Hari Malaysia | Semua Negeri |
18-Sep | Ahd | Cuti Hari Malaysia | Johor & Kedah |
01-Okt | Sab | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
08-Okt | Sab | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak |
09-Okt | Ahd | Maulidur Rasul | Semua Negeri |
10-Okt | Isn | Cuti Maulidur Rasul | Semua Negeri (kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu) |
24-Okt | Isn | Deepavali | Semua Negeri (kecuali Sarawak) |
04-Nov | Jum | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
11-Nov | Jum | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
12-Nov | Sab | Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
13-Nov | Ahd | Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
11-Dis | Ahd | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
12-Dis | Isn | Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
24-Dis | Sab | Malam Hari Krismas | Sabah |
25-Dis | Ahd | Hari Christmas | Semua Negeri |
26-Dis | Isn | Cuti Hari Christmas | Semua Negeri (kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu) |
Cuti umum adalah “hari tidak bekerja yang rasmi” yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyatnya. Tarikh yang diberikan ditadbir oleh pelbagai undang-undang seperti:
Oleh sebab Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan orang daripada pelbagai latar belakang, kaum dan agama yang berlainan diambil kira dalam peruntukan cuti umum. Sebagai contoh, ada cuti Hari Raya Aidilfitri untuk umat Islam, Tahun Baru Cina untuk kaum Cina, Deepavali untuk kaum India dan Krismas untuk orang Kristian. Tambahan pula, “cuti umum negeri” juga diberikan berdasarkan “hari penting negeri” seperti hari jadi sultan negeri. Kerana itu, Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai cuti umum yang terbanyak di dunia.
Sebelum anda mula merancang percutian 2022 anda, ia adalah penting untuk memahami jenis-jenis cuti yang terdapat di Malaysia. Cuti umum di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 jenis: cuti kebangsaan (dinikmati oleh semua orang di dalam negara) dan cuti negeri (dinikmati oleh semua orang yang tinggal / bekerja di negeri tertentu). Untuk cuti umum yang jatuh pada hari minggu, cuti gantian akan diberikan pada hari bekerja seterusnya (bergantung pada hari bekerja rasmi negeri-negeri tertentu).
Untuk hampir semua negeri di Malaysia, di mana hari bekerja rasmi adalah dari Isnin hingga Jummat, jika cuti umum jatuh pada hari Ahad, cuti gantian akan diberikan pada hari Isnin. Manakala untuk Kelantan dan Terengganu (dengan hari bekerja rasmi mereka dari Ahad hingga Khamis), jika cuti umum jatuh pada hari Sabtu, mereka akan mendapat cuti gantian pada hari Isnin. Tetapi, Johor dan Kedah akan menikmati cuti gantian pada hari Ahad jika cuti umum jatuh pada hari Jumaat, walaupun mereka berkongsi hari bekerja rasmi dengan Kelantan & Terengganu.
Jumlah cuti umum di Malaysia untuk tahun 2022 (termasuk cuti gantian) adalah sebanyak 48 hari. Cuti berturut-turut yang paling panjang tanpa perlu memohon cuti bekerja ialah 5 hari (tetapi hanya untuk Kelantan) dengan negeri lain boleh menikmati rehat daripada kerja yang berturut-turut selama 5 atau 6 hari jika cuti bekerja sebanyak 1 hari dipohon.
Sedang mencari destinasi percutian untuk cuti 2022 anda? Ketahui tempat-tempat menarik di negara-negara ini.