Pilih salah satu daripada pakej percutian ke Thailand di bawah untuk mulakan percutian anda.
Negara yang indah ini mempunyai beberapa pantai terbaik di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, tetapi Thailand juga terkenal dengan pelbagai makanan jalanan eksotik dan lazat yang boleh ditemui di mana-mana. Terletak di tengah-tengah Asia Tenggara, landskap Thailand merangkumi gunung yang subur dan dataran tinggi di bahagian utara dan dataran rendah di bahagian tengah. Thailand menikmati iklim tropika yang sesuai untuk perjalanan sepanjang tahun.
'Land of Smiles' ini merupakan salah satu destinasi perlancongan teratas di dunia dengan pantai yang indah, ekosistem yang kaya, runtuhan kuno dan juga kuil besar. Bangkok juga dinamakan sebagai Bandar Destinasi Global nombor satu di dunia selama empat tahun berturut-turut, mengatasi Paris, Dubai dan juga Singapura. Dengan tanah sebesar 513,120 kilometer persegi ini, tempat-tempat menarik yang anda patut lawati di Thailand adalah Chiang Mai, Koh Samui dan Taman Negara Khao Yai.
Chiang Mai adalah satu destinasi semula jadi yang indah dengan banyak runtuhan purba yang dibina seawal abad ke-13. Beberapa runtuhan purba yang terkenal adalah Wiang Kum Kam, Wat Chedi Luang Varavihara dan Wat Umong.
Koh Samui adalah destinasi pantai yang indah yang mengalu-alukan lebih daripada 2.5 juta pelawat asing setiap tahun. Airnya yang jernih dengan pantai berpasir yang panjang ini dilawati oleh semua pelancong; sama ada backpackers atau selebriti-selebriti.
Terletak di tengah-tengah Thailand, anda akan sampai ke taman nasional ini yang merupakan rumah bagi ribuan flora dan fauna. Terletak dalam kawasan ini juga, anda akan mendapati pusat pemeliharaan beruang, gibbon dan gajah untuk menyelamatkan haiwan dan menghentikan aktiviti pemburuan haram.
Untuk percutian yang lancar, pakej percutian ke Thailand disertakan dengan senarai tarikan utama yang akan anda lawati. Ia adalah sangat penting untuk meneliti jadual perjalanan sebelum membeli pakej percutian ini.
Thailand tidak mempunyai empat musim, tetapi cuacanya berbeza dari satu bahagian ke bahagian lain di negara ini. Walaupun cuaca baik untuk berlancong ke Thailand bila-bila masa sepanjang tahun, masa terbaik untuk pergi ke Thailand adalah dari November hingga awal bulan April. Bukan sahaja cuacanya sejuk dengan hujan tidak banyak yang akan menghalang rancangan perjalanan anda. Dengan itu, Thailand merupakan negara yang penuh dengan pelbagai acara, jualan dan juga perayaan. Salah satu perayaan yang paling terkenal di Thailand adalah Songkran, yang berlangsung pada 13 April setiap tahun. Pelancong akan berkumpul di sini untuk menyertai perayaan air ini yang dikatakan akan membawa nasib baik.
Thailand mengalami musim tengkujuh juga; namun ianya berlainan dari Mei hingga Oktober. Dari bulan Ogos hingga Oktober, hujan adalah lebih lebat berbanding dengan bulan tengkujuh lain.
Pakej percutian ke Thailand pasti mempunyai aktiviti-aktiviti yang menarik berdasarkan apa yang anda sedang carikan. Jadi anda tidak perlu bimbang dan pergi menikmati Thailand dengan sepuas-puasnya.
Anda haruslah merancang perjalanan anda dengan baik untuk mengelakkan pengalaman buruk. Pengangkutan yang tersedia seperti penerbangan, bas, keretapi, tuk tuk, feri dan bot boleh ditemui seluruh negara. Sekiranya anda merancang untuk pergi ke negeri yang lain, kami akan mengesyorkan anda mengambil penerbangan domestik, kerana perjalanan bas atau kereta api akan mengambil sekurang-kurangnya setengah hari. Perjalanan di dalam bandar adalah lebih mudah kerana anda boleh memilih untuk mengambil kereta api atau tuk tuk ke destinasi yang anda inginkan.
Untuk tempat yang lebih terpencil, anda sama ada perlu menyewa sebuah motosikal atau van pelancongan untuk membawa anda ke sana.
Bagi pakej percutian ke Thailand, pengangkutan harian anda sudah termasuk dalam pakej untuk memastikan anda mempunyai masa yang menyeronokkan di Thailand. Anda dinasihatkan untuk merancang pengangkutan anda sendiri pada hari-hari 'Free & Easy' atau jika anda ingin menyimpang daripada jadual perjalanan yang dicadangkan.
Thailand merupakan satu destinasi pelancongan yang murah, bukan sahaja kerana mata wangnya tetapi banyak pilihan penginapan, makanan atau pengangkutan yang terdapat di sini. Ia merupakan satu tempat anda tidak perlu berbajet lampau dan masih boleh menikmati pengalaman yang baik. Berikut adalah pecahan ringkas kategori perbelanjaan teratas di Thailand:
Berita baik kepada mereka yang telah membeli pakej percutian ke Thailand, anda tidak perlu diganggu oleh semua kos ini kerana ia termasuk dalam pakej anda. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menyediakan wang tunai tambahan untuk cenderahati atau aktiviti anda sendiri di luar jadual perjalanan yang dirancang.
Dengan begitu banyak pakej percutian ke Thailand yang terdapat di sana, adalah penting untuk memilih pakej yang betul untuk memastikan anda mempunyai perjalanan yang menyenangkan. Pertama sekali, anda perlu tahu bulan apa yang anda ingin kunjungi negara itu, bajet dan juga tempat yang anda ingin lawati di apabila di sana. Menyedari apa jenis perjalanan yang anda idamkan juga penting; sama ada bercuti keluarga, bulan madu, alam semulajadi atau pengembaraan.
Sama ada anda sedang mencari percutian yang menyenangkan atau jadual yang penuh, anda akan dapat mengenal pasti apabila anda melihat jadual perjalanan yang dicadangkan dalam pakej percutian. Dengan semua perkara yang dipertimbangkan, anda kini dalam proses untuk menikmati percutian yang selamat, mudah, dan berpatutan di Thailand.