Pilih salah satu daripada pakej percutian ke Maldives di bawah untuk mulakan percutian anda.
Terkenal dengan perairan zamrud yang indah, Maldives adalah salah satu destinasi idaman untuk dikunjungi di dunia. Maldives mengandungi 26 atoll yang terdiri daripada 1,200 pulau dengan jumlah keseluruhan tanah yang tidak melebihi 298 kilometer persegi. Ianya cerah dan lembap sepanjang tahun dengan suhu purata 30 darjah Celsius pada siang hari.
Maldives mempunyai 1,200 pulau tetapi hanya 200 pulau sahaja yang diduduki oleh orang. Destinasi yang intim dan menyeluruh ini mempunyai beberapa pulau terbaik untuk dilawati di Maldives iaitu Pulau Maafushivaru, Pulau Biyadhoo dan Pulau Maldives Conrad Rangali.
Maafushivaru terletak di selatan Ari Atoll yang terkenal sebagai salah satu tempat bulan madu yang terbaik di Maldives. Makan malam romantik bertemankan cahaya lilin di tepi pantai peribadi di bawah bintang adalah hanya satu daripada banyak perkara yang anda boleh harapkan di sini.
Sebaliknya, Biyadhooadalah tempat terbaik untuk aktiviti menyelam dan snorkeling. Dengan akses ke beberapa laman menyelam terbaik di Maldives, anda berpeluang untuk bertembung dengan pelbagai jenis jerung seperti jerung terumbu, jerung gitar dan juga jerung tip-putih.
Maldives Conrad Rangali Island pula adalah pulau yang eksotik yang mempunyai restoran bawah air yang indah. Dibina 16 meter di bawah laut, anda akan dapat menjamu selera sambil diselubungi laut.
Secara amnya, pakej percutian ke Maldives akan mempunyai tarikan pra-rancangan yang akan anda lawati. Oleh itu, adalah penting untuk anda melawati jadual lawatan sebelum membuat pembelian.
Masa terbaik untuk melawat Maldives adalah semasa musim kering, yang berlaku dari bulan November hingga April. Kebanyakan orang akan melawati Maldives pada bulan Disember dan Mac.
Keadaan Maldives dari bulan Mei hingga November adalah mendung dan mempunyai hujan lebat. Musim hujan akan berakhir pada bulan November di mana anda boleh mengalami hari yang lebih lama dengan cuaca yang lebih sejuk.
Musim tengkujuh di Maldives bermula pada bulan Mei dan berakhir pada bulan Oktober. Pada masa ini semua pulau akan mengalami hujan lebat dan angin kencang. Bulan Jun merupakan salah satu bulan yang paling basah di Maldives.
Bergantung pada apa yang anda cari, terdapat pakej pelancongan Maldives yang disediakan khas untuk anda, jadi anda tidak perlu risau apa-apa dan nikmatilah.
Dikelilingi oleh Lautan Hindi, satu-satunya cara bergerak dari satu tempat ke tempat lain adalah melalui perkhidmatan bot atau pesawat laut. Kos lompat pulau adalah mahal, bergantung kepada jaraknya. Kebanyakan masa, pelancong hanya akan tinggal di pulau tempat kediamannya dan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh resort itu sepenuhnya.
Perjalanan ke dan dari lapangan terbang ke hotel anda akan mengambil purata 15 minit hingga satu jam. Bergantung pada lokasi hotel anda, ia adalah langkah yang lebih bijak untuk mengambil pesawat laut dimana perjalanan bot laju 3 jam boleh dikurangkan kepada 30 minit sahaja. Walaupun ia mungkin lebih mahal untuk terbang ke destinasi dengan menggunakan pesawat laut tetapi ia juga merupakan satu pengalaman yang indah.
Pakej percutian ke Maldives menawarkan pelan perjalanan bebas dan selesa kerana pengangkutan biasanya termasuk dalam pakej pelancongan. Walaubagaimanapun, anda perlu merancang pengangkutan anda semasa hari 'Percuma & Mudah' atau jika anda ingin menyimpang dari jadual perjalanan yang dicadangkan.
Kos hidup di Maldives memang mahal, terutamanya kos penginapan kerana ruang darat yang terhad. Maldives dikenali sebagai satu percutian yang mewah, tetapi ada caranya untuk mengurangkan kos perbelajaan seharian. Berikut adalah pecahan ringkas kategori perbelajaan teratas di Maldives:
Jika anda telah membeli salah satu pakej percutian ke Maldives, anda tidak perlu bimbang tentang kos ini kerana ia termasuk dalam pakej. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk terus menyediakan wang tunai tambahan untuk cenderahati atau aktiviti anda sendiri di luar jadual perjalanan yang dirancang.
Dengan begitu banyak pakej percutian ke Maldives di luar sana, ia adalah penting untuk membeli pakej yang betul untuk menjadikan pelancongan ini satu kenangan yang manis. Anda boleh bermula dengan membuat pilihan anda berdasarkan tarikan yang anda ingin melawat, bajet dan bulan yang akan anda lawati Maldives. Satu lagi faktor penting adalah jenis perjalanan yang anda idamkan; sama ada bercuti sekeluarga, bulan madu, menikmati alam semulajadi atau satu pengembaraan seluruh Maldives.
Anda mungkin juga ingin meneliti jadual perjalanan pakej percutian ke Maldives dan membuat keputusan jika anda ingin jadual aturcara yang lebih bersantai atau penuh. Dengan semua faktor ini dipertimbangkan, anda boleh menjangka satu pelancongan ke Maldives yang menggembirakan.