Pilih salah satu daripada pakej percutian ke Korea Selatan di bawah untuk mulakan percutian anda.
Korea Selatan terkenal dengan pengaruhnya dalam dunia muzik dan filem. Gelombang Korea ini menyentuh orang ramai dengan K-Pop, drama Korea dan filem Korea yang terkenal seperti ‘Parasite’. Korea Selatan terletak di Asia Timur, dan merangkumi 100,210 kilometer persegi tanah. 70% landskap negara adalah pergunungan, bukit dan tanah lereng. Ia juga didominasi oleh iklim sederhana dan mempunyai empat musim.
Korea Selatan adalah sebuah negara yang indah dengan gabungan dunia tradisional dan moden. Korea Selatan merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara yang menawarkan tarikan alam semula jadi, pantai dan aktiviti membeli-belah untuk semua. Beberapa tarikan utama yang perlu anda lawati adalah Pulau Jeju, Myeongdong dan juga Pulau Nami.
Dinamakan sebagai salah satu daripada ‘Seven Wonders of Nature’ di dunia, Pulau Jeju merupakan sebuah pulau yang terletak di luar pantai Korea Selatan.
Myeongdong pula merupakan satu destinasi membeli-belah yang terkenal di dunia, yang penuh dengan kedai kosmetik dan baju. Terdapat juga banyak makanan jalanan yang boleh anda santap di sini.
Pulau Nami adalah tempat penggambaran drama Korea yang terkenal, ‘Winter Sonata’. Bentuknya merupai setengah bulan merupakan satu tempat percutian yang mempunyai banyak pokok dan tempat istirahat bagi pelawat.
Untuk percutian yang lancar, pakej percutian ke Korea Selatan disertakan dengan senarai tarikan utama yang akan anda lawati. Ia adalah sangat penting untuk meneliti jadual perjalanan sebelum membeli pakej percutian ini.
Korea Selatan mempunyai iklim sederhana yang mempunyai musim sejuk yang panjang dengan musim bunga, musim panas dan musim luruh yang pendek. Musim bunga dan musim gugur yang berlaku dari April hingga Jun dan September hingga November masing-masing adalah masa terbaik untuk melawat negara ini. Cuaca pada musim-musim ini memang menyenangkan. Korea Selatan adalah salah satu tempat terbaik di dunia untuk melihat bunga ceri berkembag sehingga seluruh taman itu berubah menjadi laut merah jambu yang menarik hati.
Pada bulan-bulan musim luruh, anda akan dapat menikmati cuacannya sejuk yang tidak mencecah 20 darjah Celsius dan hujannya pun minimum. Negara ini juga menawarkan dedaunan musim gugur yang sangat cantik.
Bulan-bulan musim panas adalah pendek tetapi boleh menjadi sangat panas dan lembap di Korea Selatan. Harga tiket untuk penerbangan dan penginapan adalah lebih rendah pada musim ini. Tambahan, pelancong pun tak banyak semasa masa ini.
Bagi mereka yang suka salji dan ingin mencuba ski dan snowboarding, Korea Selatan adalah tempat yang sesuai untuk anda. Oleh kerana negara ini dikelilingi oleh gunung, memang pilihan terbaik untuk melawat resort ski.
Pakej percutian ke Korea Selatan pasti mempunyai aktiviti-aktiviti yang menarik berdasarkan apa yang anda sedang carikan. Jadi anda tidak perlu bimbang dan pergi menikmati Korea Selatan dengan sepuas-puasnya.
Korea Selatan menyediakan rangkaian lebuh raya, kereta api, laluan bas, pengangkutan udara dan udara yang luas. Sistem ini lebih moden dan cekap lagi di bandar-bandar utama Korea Selatan. Tanda-tanda penunjuk arah ini jelas dan diterjemah dalam Bahasa Inggeris dan Cina juga.
Perkhidmatan teksi juga disediakan dan ianya lebih murah berbanding negara-negara jiran.
Bagi pakej percutian ke Korea Selatan, pengangkutan harian anda sudah termasuk dalam pakej untuk memastikan anda mempunyai masa yang menyeronokkan di Korea Selatan. Anda dinasihatkan untuk merancang pengangkutan anda sendiri pada hari-hari 'Free & Easy' atau jika anda ingin menyimpang daripada jadual perjalanan yang dicadangkan.
Korea Selatan adalah tempat yang berpatutan tetapi kosnya berbeza jikalau anda tinggal di bandar atau pinggir bandar. Penginapan adalah mahal di Seoul kerana ia merupakan ibu negara Korea Selatan. Walaubagaimanapun, anda boleh berbajet untuk melancong ke negara ini sambil menikmati yang terbaik yang ditawarkan negara. Berikut adalah pecahan ringkas kategori perbelanjaan teratas di Korea Selatan:
Berita baik kepada mereka yang telah membeli pakej percutian ke Korea Selatan, anda tidak perlu diganggu oleh semua kos ini kerana ia termasuk dalam pakej anda. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menyediakan wang tunai tambahan untuk cenderahati atau aktiviti anda sendiri di luar jadual perjalanan yang dirancang.
Dengan begitu banyak pakej percutian ke Korea Selatan yang terdapat di sana, adalah penting untuk memilih pakej yang betul untuk memastikan anda mempunyai perjalanan yang menyenangkan. Pertama sekali, anda perlu tahu bulan apa yang anda ingin kunjungi negara itu, bajet dan juga tempat yang anda ingin lawati di apabila di sana. Menyedari apa jenis perjalanan yang anda idamkan juga penting; sama ada bercuti keluarga, bulan madu, alam semulajadi atau pengembaraan.
Sama ada anda sedang mencari percutian yang menyenangkan atau jadual yang penuh, anda akan dapat mengenal pasti apabila anda melihat jadual perjalanan yang dicadangkan dalam pakej percutian. Dengan semua perkara yang dipertimbangkan, anda kini dalam proses untuk menikmati percutian yang selamat, mudah, dan berpatutan di Korea Selatan.