Pakej Percutian ke Filipina (2023)

Pilih salah satu daripada pakej percutian ke Filipina di bawah untuk mulakan percutian anda.

Tentang Filipina

Filipina adalah sebuah negara yang indah yang terbentuk dari gugusan pulau. Ia adalah pulau terbesar kedua di dunia dan mempunyai kira-kira 7,500 pulau. Filipina adalah sejenis negara pulau dengan dua pulaunya yang terbesarnya adalah Luzon dan Mindanao.

Kawasan kedua pulau ini terdiri daripada dua pertiga daripada jumlah keseluruhan kawasan tanah Filipina yang merangkumi 207,495 kilometer persegi. Lanskap pulau-pulau ini terdiri daripada gabungan gunung-ganang dan juga dataran rendah. Negara ini mengalami iklim maritim tropika sepanjang tahun. Dari Disember hingga Februari negara ini menikmati cuaca yang lebih sejuk di mana Mei hingga November lebih panas dan lembap.

Tempat manakah anda boleh melawat di Filipina?

Filipina dibentuk daripada 7,500 pulau dan hanya 2,000 pulau yang didiami. Walaubagaimanapun, Filipina adalah sebuah negara yang cantik, menawarkan masa menenangkan di bandar-bandar moden dan juga pantai-pantai cantik. Jika anda merancang perjalanan ke Filipina, anda haruslah melawat Manila, Palawan dan juga Taman Negara Sungai Subterranean Puerto-Princesa.

Manila adalah ibu kota Filipina dengan gabungan mercu tanda moden dan juga bersejarah. Intramuros, merupakan daerah tertua di Manila yang bermaksud 'dalam tembok'. Ciri yang paling unik adalah dinding batu besar sepanjang 5 kilometer mengelilingi tempat tersebut.

Palawan adalah pulau kelima terbesar di Filipina tetapi merupakan salah satu pulau terbaik untuk dikunjungi di dunia. Palawan diberkati dengan pantai yang cantik, gua-gua batu kapur dan perairan kristal zamrud.

Salah satu daripada enam Tapak Warisan UNESCO di Filipina, Taman Negara Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa juga merupakan sungai bawah tanah kedua terpanjang di dunia. Lawatan di taman ini menawarkan sekilas ke dalam ekosistem yang kaya dan batu kapur yang mengagumkan apabila menerokai sungai 8.2 kilometer panjang ini.

Pakej percutian ke Filipina akan menyertakan senarai tarikan utama yang akan anda lawati, jadi anda tidak perlu menyusahkan diri untuk merancang jadual perjalanan. Walaubagaimanapun, anda haruslah meneliti jadual perjalanan yang disediakan untuk memastikan inilah yang anda idamkan.

Bilakah masa yang terbaik untuk anda pergi ke Filipina?

Filipina mempunyai iklim maritim tropika yang menyebabkan suhu dan kelembapan yang tinggi di negara ini. Walaubagaimanapun, suhu purata di seluruh negara adalah dari 20 hingga 30 darjah celsius. Iklim dibahagikan ke musim basah dan kering. Masa terbaik untuk melawat Filipina adalah dari bulan November hingga April.

Jika anda bukan peminat cuaca panas terik, anda boleh memilih untuk melawat Filipina pada bulan Disember hingga Februari di mana cuacanya lebih sejuk, dan langitnya jelas membiru. Februari juga berlakunya banyak perayaan karnival meriah seperti Festival Suman dan Ati-Atihan.

Filipina juga mengalami musim taufan yang melanda negara ini dari bulan Jun hingga September. Kami akan mencadangkan anda untuk mengelakkan bulan-bulan ini kerana cuaca tidak menentu dengan gelombang pasang surut yang besar, tanah runtuh, hujan lebat dan juga angin kencang.

Berdasarkan apa yang anda sedang carikan, kebanyakan pakej percutian ke Filipina termasuk aktiviti yang terbaik di dalam negara tersebut. Anda tidak perlu menyusahkan diri untuk merancang dan nikmati sahaja masa yang menggembirakan di Filipina.

Apakah cara yang terbaik untuk anda menerokai Filipina?

Bergantung pada lokasi yang anda akan menuju di Filipina, negara ini menawarkan pelbagai kaedah pengangkutan untuk keselesaan anda. Jika anda hanya merancang untuk melawat bandar, anda boleh memilih untuk menaiki tricycle, Uber atau menyewa kereta anda sendiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Untuk perjalanan ke kampung-kampung terpencil, anda boleh menaiki bas di sana kerana systemnya agak mudah tetapi perjalanan ke destinasi adalah sangat lama.

Jika anda ingin melawat lebih banyak pulau semasa berada di Filipina, anda boleh melayari feri di pelabuhan ke destinasi yang anda inginkan. Penerbangan domestik juga boleh didapati ke pulau-pulau utama di Filipina.

Semua pengangkutan anda termasuk dalam pakej percutian ke Filipina anda, jadi anda tidak perlu bimbang tentang logistik. Jika anda ingin menyimpang dari jadual perjalanan yang dirancang atau semasa hari 'Free & Easy', anda dinasihatkan untuk merancang pengangkutan anda sendiri.

Apakah bajet yang disarankan apabila anda pergi ke Filipina?

Filipina menawarkan kos sara hidup yang rendah, tetapi ianya juga bergantung kepada lokasi dan gaya hidup seharian. Dengan belanjawan kecil, anda akan dapat menikmati percutian yang selesa di dalam negara ini. Mata wang negara Filipina adalah peso, tetapi di beberapa tempat, ia menerima dolar Amerika juga. Berikut adalah pecahan ringkas kategori perbelanjaan teratas di Filipina:

  • Penginapan - Terdapat banyak penginapan di Filipina yang terdiri daripada asrama, hotel dan vila-vila mewah di pantai. Untuk katil di asrama, ia mengenakan bayaran sebanyak ₱50 ke atas. Harga untuk bilik hotel bermula dari ₱100 satu malam. Di pulau-pulau terkenal seperti Cebu atau Palawan, satu malam di hotel akan dikenakan bayaran sebanyak ₱1,000 satu malam.
  • Makanan - Harga makanan jalan harganya di antara ₱50 hingga ₱150. Hidangan di restoran pula mengenakan bayaran sebanyak ₱300 hingga ₱600. Jangan minum air dari paip di Filipina dan cuma minum air mineral di yang berharga ₱11 sahaja.
  • Pengangkutan - Terdapat banyak perkhidmatan pengangkutan di Filipina yang membolehkan anda untuk mebergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Tiket feri berharga dari ₱750 ke atas. Sekiranya anda ingin memiliki kabin peribadi anda, anda perlu menambah satu lagi ₱1,000. Tambang bas pula berbeza bergantung pada jarak. Kos tiket bermula dari ₱435 ke atas. Tricycles adalah pilihan termurah dan terbaik untuk perjalanan singkat. Kadar tambang antara ₱7 hingga ₱25.
  • Lain-lain - Melawat beberapa pulau di Filipina mengenakan bayaran yang berpatutan pada ₱900 seorang. Sepasang tiket pawagam berharga sekitar ₱538. Satu bir di bar hanya mengenakan bayaran ₱76 sahaja.

Pekara yang terbaik jika anda mendaftar pakej percutian ke Filipina ialah anda tidak perlu bingung dan bimbang tentang kos. Penginapan, makanan dan kos pengangkutan sudah termasuk dalam pakej. Walaubagaimanapun, kami mencadangkan anda menyediakan wang tunai tambahan untuk membeli-belah atau aktiviti anda sendiri di luar jadual perjalanan yang dirancang.

Bagaimanakah boleh anda memilih pakej percutian ke Filipina yang sesuai?

Pekara yang paling penting adalah memilih pakej percutian dengan berhati-hati kerana terdapat banyak pakej percutian Filipina yang tersedia ada. Sebelum memilih pakej percutian, kami mencadangkan anda untuk membuat keputusan pada bulan apa anda ingin mengunjungi negara itu, bajet dan juga lokasi yang anda ingin lawati apabila di sana.

Langkah seterusnya adalah mengenal pasti jenis perjalanan yang anda cari. Adakah ia satu percutian keluarga, bulan madu, alam semula jadi atau pengembaraan mendebarkan. Lihatlah jadual perjalanan kerana ia akan memberitahu anda jika percutian ini penuh dan ketat atau bersantai. Sekiranya anda mempunyai jawapan kepada semua soalan ini, anda berada di jalan yang betul untuk memilih pakej percutian ke Filipina yang betul untuk satu masa yang indah.

Trixoli > Pakej Percutian > Pakej Percutian ke Filipina