Pakej Percutian ke Vietnam (2022)

Pilih salah satu daripada pakej percutian ke Vietnam di bawah untuk mulakan percutian anda.

Tentang Vietnam

Vietnam terletak di Asia Tenggara dan terkenal dengan Teluk Ha Long yang indah. Negara ini menawarkan pelbagai landskap yang menakjubkan; diliputi dengan gunung di wilayah utara, bukit-bukau di bahagian tengah, delta dan juga dataran rata di wilayah selatan dan utara. Negara ini mempunyai Iklim yang berbeza dari satu bahagian ke bahagian lain. Ia mempunyai iklim subtropika di wilayah utara manakala di wilayah selatan dan tengah pula mempunyai iklim tropika.

Tempat manakah anda boleh melawat di Vietnam?

Walaupun Vietnam adalah sebuah negara sempit dan panjang dengan panjangnya sekitar 1,650 kilometer dari wilayah utara ke selatan. Berbentuk huruf 'S', negara ini bersempadan dengan negara China, Laos dan Kemboja. Negara ini adalah tempat bersejarah yang mempunyai banyak pagoda Buddha, monumen purba dan alam semula jadi yang indah. Di antara tempat-tempat yang menarik di Vietnam, tiga tempat yang wajib dilawati di Vietnam ialah Taman Negara Phong Nha-Ke Bang, My Son dan juga Terowong Củ Chi.

Taman Negara Phong Nha-Ke Bang adalah Tapak Warisan Dunia Unesco yang mengandungi salah satu karst batu kapur yang paling tertua di Asia yang dibentuk 400 juta tahun yang lalu.

My Son adalah runtuhan kuil purba yang dibina pada abad ke-4. Terdapat kira-kira 20 struktur di halaman kuil ini yang dibina dari batu-bata dan batu pasir.

Terowong Củ Chi adalah tarikan popular yang terdapat di bandar Ho Chi Minh. Ia adalah rangkaian terowong sepanjang 121 kilometer di bawah bandar yang dibina pada tahun 1940-an semasa Perang Vietnam.

Pakej percutian ke Vietnam akan menyertakan senarai tarikan utama yang akan anda lawati, jadi anda tidak perlu menyusahkan diri untuk merancang jadual perjalanan. Walaubagaimanapun, anda haruslah meneliti jadual perjalanan yang disediakan untuk memastikan inilah yang anda idamkan.

Bilakah masa yang terbaik untuk anda pergi ke Vietnam?

Vietnam adalah sebuah negara yang panjang dan sempit yang dibahagikan kepada wilayah utara, tengah dan selatan. Oleh kerana bentuknya, negara ini mengalami cuaca yang berbeza di seluruh negara.

Secara amnya, masa terbaik untuk melawat Vietnam adalah dari bulan Disember hingga Februari kerana cuaca sejuk dan menerima hujan sedikit. Selain itu, masa yang baik untuk melawat negara ini juga adalah semasa musim bunga dan musim luruh.

Musim panas di Vietnam panas terik yang lebih ketara di kedua-dua wilayah utara dan selatan dengan suhu 34 derajat celcius. Hujan lebat melanda Vietnam dalam bulan-bulan musim panas ini juga.

Jika anda merancang untuk melawat Vietnam pada bulan April, anda patut merancang perjalanan ke Da Nang, di mana anda akan dapat menyaksikan aksi bunga api yang hebat semasa Festival Bunga Api Antarabangsa Da Nang yang berlangsung pada bulan April setiap tahun.

Berdasarkan apa yang anda sedang carikan, kebanyakan pakej percutian ke Vietnam termasuk aktiviti yang terbaik di dalam negara tersebut. Anda tidak perlu menyusahkan diri untuk merancang dan nikmati sahaja masa yang menggembirakan di Vietnam.

Apakah cara yang terbaik untuk anda menerokai Vietnam?

Walaupun pengangkutan awam Vietnam tidak semaju berbanding dengan beberapa negara di Asia Tenggara yang lain tetapi kerajaan terus berusaha keras untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan untuk keselesaan orang ramai. Vietnam menawarkan perkhidmatan penerbangan, kereta api, bas dan teksi di bandar-bandar utama.

Sekiranya anda memutuskan untuk bergerak ke satu wilayah ke wilayah yang lain, terdapat banyak bas-bas tidur dan juga kereta api malam yang boleh membawa anda ke destinasi anda. Anda boleh membeli tiket dari kaunter dan kami mencadangkan untuk membelinya dengan lebih awal untuk mengelak kekecewaan apabila tiket habis dijual.

Untuk lawatan di sekitar bandar, anda boleh menaiki bas atau menyewa basikal. Walaubagaimanapun, bas mungkin bukan pilihan yang paling baik keadaan lalu lintas yang teruk di bandar-bandar utama.

Semua pengangkutan anda termasuk dalam pakej percutian ke Vietnam anda, jadi anda tidak perlu bimbang tentang logistik. Jika anda ingin menyimpang dari jadual perjalanan yang dirancang atau semasa hari 'Free & Easy', anda dinasihatkan untuk merancang pengangkutan anda sendiri.

Apakah bajet yang disarankan apabila anda pergi ke Vietnam?

Vietnam adalah sebuah negara yang tidak memerlukan kos yang tinggi untuk kehidupan yang selesa dan sederhana. Di Vietnam, tempat yang paling mahal untuk didiami adalah di bandar-bandar utama seperti Hanoi dan Ho Chi Minh. Vietnam sememangnya satu destinasi percutian yang tidak memerlukan bajet yang banyak untuk menikmati segalanya yang ditawarkan oleh negara ini. Mata wang tempatan di Vietnam adalah dong, tetapi banyak orang juga menerima dolar Amerika. Berikut adalah pecahan ringkas kategori perbelanjaan teratas di Vietnam:

  • Penginapan - Terdapat banyak pilihan penginapan di Vietnam. Di bandar-bandar, kosnya US$6 ke US$10 untuk satu katil di asrama untuk satu malam. Kos satu bilik hotel untuk dua orang, adalah antara US$35 ke US$80.
  • Makanan - Makan di tepi jalan adalah pilihan yang lebih baik di Vietnam. Harga makanan berpatutan dan tidak lebih mahal daripada US$1.50. Kalau bercuti di Vietnam, anda haruslah mencuba makanan laut segar mereka. Harganya berpatutan dan bermula dari US$15. Anda boleh membeli Banh Mi atau sandwich Vietnam pada harga US$0.85 satu.
  • Pengangkutan - Tiket bas jarak jauh berharga US$25 ke atas. Sewa motosikal pula adalah US$7 sehari.
  • Lain-lain - Lawatan sehari ke Teluk Ha Long akan dikenakan bayaran sebanyak US$45 seorang. Purata tiket kemasukan untuk muzium dan tarikan Vietnam cuma berharga US$1.75.

Pekara yang terbaik jika anda mendaftar pakej percutian ke Vietnam ialah anda tidak perlu bingung dan bimbang tentang kos. Penginapan, makanan dan kos pengangkutan sudah termasuk dalam pakej. Walaubagaimanapun, kami mencadangkan anda menyediakan wang tunai tambahan untuk membeli-belah atau aktiviti anda sendiri di luar jadual perjalanan yang dirancang.

Bagaimanakah boleh anda memilih pakej percutian ke Vietnam yang sesuai?

Pekara yang paling penting adalah memilih pakej percutian dengan berhati-hati kerana terdapat banyak pakej percutian Vietnam yang tersedia ada. Sebelum memilih pakej percutian, kami mencadangkan anda untuk membuat keputusan pada bulan apa anda ingin mengunjungi negara itu, bajet dan juga lokasi yang anda ingin lawati apabila di sana.

Langkah seterusnya adalah mengenal pasti jenis perjalanan yang anda cari. Adakah ia satu percutian keluarga, bulan madu, alam semula jadi atau pengembaraan mendebarkan. Lihatlah jadual perjalanan kerana ia akan memberitahu anda jika percutian ini penuh dan ketat atau bersantai. Sekiranya anda mempunyai jawapan kepada semua soalan ini, anda berada di jalan yang betul untuk memilih pakej percutian ke Vietnam yang betul untuk satu masa yang indah.

Trixoli > Pakej Percutian > Pakej Percutian ke Vietnam