Pakej Percutian ke China (2022)

Pilih salah satu daripada pakej percutian ke China di bawah untuk mulakan percutian anda.

Tentang China

China adalah sebuah negara yang luar biasa yang mempunyai banyak keajaiban dunia purba. Tembok Besar China adalah dinding terpanjang di dunia iaitu 21.19618 juta meter, ‘Terracotta Army’ adalah koleksi patung bersaiz manusia yang wujud 2,000 tahun lalu, dan Kota Larangan adalah istana kuno yang terbesar di dunia. China mempunyai tanah yang luas dan merupakan tanah ketiga terbesar di dunia.

Dua pertiga tanahnya terdiri daripada tanah; landskapnya merangkumi gunung, lembah dan dataran. Negara ini juga mengalami iklim yang pelbagai dari satu tempat ke tempat lain disebabkan oleh tanah yang luas. Walaubagaimanapun, negara ini mempunyai empat musim yang berbeza; musim sejuk, musim bunga, musim panas dan juga musim luruh.

Tempat manakah anda boleh melawat di China?

China adalah di mana anda boleh melihat banyak tarikan buatan manusia dan semula jadi yang boleh ditemui di mana-mana sudut tanah ini yang sebesar 9.597 juta kilometer persegi. Bergantung kepada jenis pengalaman yang anda idamkan, terdapat daya tarikan yang dihayati di musim-musim tertentu sementara ada yang boleh didapati sepanjang tahun. Kami telah memilih beberapa tarikan utama yang perlu anda lawati di China bermula dengan The Bund, Sungai Li dan Pangkalan Panda Bifengxia.

The Bund terkenal dengan pencakar langit tinggi yang dibina sebelah Sungai Huangpu. Ia adalah lokasi kelas atas yang menawarkan beberapa hotel dan ruang makan terbaik di Shanghai.

Sungai Li, sebaliknya, adalah keindahan semulajadi yang mengalu-alukan banyak pelawat yang datang ke tempat ini untuk mencari ketenangan. Sungai ini cantik dikelilingi oleh bukit, pokok buluh dan kampung pertanian.

Semua orang tahu bahawa panda berasal dari negara China. Di Pangkalan Bifengxia Panda anda akan dapat melihat banyak panda gergasi yang merayau bebas di habitat semulajadi mereka. Anda juga boleh berinteraksi dengan mereka jika anda menjadi sukarelawan di pangkalan ini.

Untuk mengetahui lebih banyak tempat yang harus anda lawati di China, rujukilah Tempat Menarik di China ini.

Pakej percutian ke China akan menyertakan senarai tarikan utama yang akan anda lawati, jadi anda tidak perlu menyusahkan diri untuk merancang jadual perjalanan. Walaubagaimanapun, anda haruslah meneliti jadual perjalanan yang disediakan untuk memastikan inilah yang anda idamkan.

Bilakah masa yang terbaik untuk anda pergi ke China?

Negara ini menawarkan pelbagai cuaca dan suhu dari satu wilayah ke wilayah yang lain. Masa puncak di China adalah semasa musim bunga dan musim panas apabila iklimnya sederhana dan selesa untuk dilawati. Ini juga bermakna terdapat banyak pelancong dan harga tiket dan hotel adalah lebih tinggi.

Sekiranya anda ingin mengelakkan orang ramai dan masa cuti sekolah, anda boleh memilih untuk melawat China dari bulan Februari hingga April dan September hingga Oktober.

Tetapi ada juga beberapa tarikan popular yang hanya berlaku di musim yang tertentu seperti Festival Ais Harbin yang cuma berlaku pada bulan Januari setiap tahun.

Walaupun Tahun Baru Cina adalah perayaan besar-besaran di China, ia adalah masa yang paling teruk untuk melawat negara ini. Negara ini menjadi sesak, dan banyak perniagaan akan ditutup sekurang-kurangnya untuk dua minggu untuk perayaan Tahun Baru Cina.

Berdasarkan apa yang anda sedang carikan, kebanyakan pakej percutian ke China termasuk aktiviti yang terbaik di dalam negara tersebut. Anda tidak perlu menyusahkan diri untuk merancang dan nikmati sahaja masa yang menggembirakan di China.

Apakah cara yang terbaik untuk anda menerokai China?

China adalah sebuah negara yang maju di segi system pengangkutannya. Mereka mempunyai perkhidmatan keretapi, bas, teksi dan juga basikal untuk disewa.

Untuk perjalanan ke wilayah yang lain, kami akan mencadangkann anda untuk terbang ke sana kerana perjalanan di darat boleh mengambil masa sehingga beberapa hari. Perkhidmatan bas juga boleh didapati untuk perjalanan luar bandar, tetapi ia boleh menjadi berbahaya kerana keadaan jalan raya yang kurang memuaskan di sesetengah tempat.

Harga tiket kereta api adalah berpatutan dan mudah di bandar-bandar utama di China. Untuk perjalanan di sekitar bandar, anda boleh menduduki kereta bawah tanah, tetapi untuk perjalanan jarak jauh pilihlah kereta api peluru kerana anda akan tiba ke destinasi anda secepat mungkin. Juga ambil perhatian bahawa Bahasa Inggeris bukan bahasa utama mereka dan kadang kala papan tanda hanya tersedia dalam bahasa Cina.

Semua pengangkutan anda termasuk dalam pakej percutian ke China anda, jadi anda tidak perlu bimbang tentang logistik. Jika anda ingin menyimpang dari jadual perjalanan yang dirancang atau semasa hari 'Free & Easy', anda dinasihatkan untuk merancang pengangkutan anda sendiri.

Apakah bajet yang disarankan apabila anda pergi ke China?

Kos hidup China jauh lebih murah berbanding dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang lain. Harganya berbeza dari bandar ke kawasan luar bandar di China. Walaubagaimanapun, China adalah destinasi pelancongan yang hebat yang tidak memerlukan banyak duit untuk satu percutian yang menggembirakan. Berikut adalah pecahan ringkas kategori perbelanjaan teratas di China:

  • Penginapan - Untuk memberikan anda anggaran kasar, tempat tidur asrama di ibu negara China berharga sekitar ¥ 35 setiap malam. Harga bilik hotel untuk dua akan bermula dari ¥ 75 hingga ¥ 150 malam. Perkhidmatan Airbnb boleh didapati di China; tetapi ia menyusahkan kerana anda dikehendaki untuk melaporkan penginapan anda dengan pihak berkuasa tempatan sebelum lawatan anda.
  • Makanan - Terdapat banyak tempat dimana anda boleh mendapat makanan, dari supermarket ke makanan jalanan dan restoran. Anggaran kos seharian untuk makanan adalah dari ¥ 40 - ¥ 100.
  • Pengangkutan - Sewa basikal adalah dari ¥ 20 ke atas. Tambang teksi adalah dari ¥ 60 ke atas. Kos tiket kereta api berharga antara ¥ 22 hingga ¥ 555 untuk perkhidmatan kereta api yang berbeza.
  • Lain - Tiket ke Kota Terlarang bermula dari ¥ 40 hingga ¥ 60. Walaubagaimanapun, terdapat banyak tarikan tempatan yang tidak memerlukan yuran kemasukan. Satu bir besar di bar berharga pada ¥ 5. Untuk terapi membeli-belah pula, terdapat banyak pilihan beg, pakaian dan kasut di China. Bergantung kepada jenis item dan di mana anda membelinya, kos untuk satu barang bermula dari ¥ 30 hingga ¥ 300.

Pekara yang terbaik jika anda mendaftar pakej percutian ke China ialah anda tidak perlu bingung dan bimbang tentang kos. Penginapan, makanan dan kos pengangkutan sudah termasuk dalam pakej. Walaubagaimanapun, kami mencadangkan anda menyediakan wang tunai tambahan untuk membeli-belah atau aktiviti anda sendiri di luar jadual perjalanan yang dirancang.

Bagaimanakah boleh anda memilih pakej percutian ke China yang sesuai?

Pekara yang paling penting adalah memilih pakej percutian dengan berhati-hati kerana terdapat banyak pakej percutian China yang tersedia ada. Sebelum memilih pakej percutian, kami mencadangkan anda untuk membuat keputusan pada bulan apa anda ingin mengunjungi negara itu, bajet dan juga lokasi yang anda ingin lawati apabila di sana.

Langkah seterusnya adalah mengenal pasti jenis perjalanan yang anda cari. Adakah ia satu percutian keluarga, bulan madu, alam semula jadi atau pengembaraan mendebarkan. Lihatlah jadual perjalanan kerana ia akan memberitahu anda jika percutian ini penuh dan ketat atau bersantai. Sekiranya anda mempunyai jawapan kepada semua soalan ini, anda berada di jalan yang betul untuk memilih pakej percutian ke China yang betul untuk satu masa yang indah.

Trixoli > Pakej Percutian > Pakej Percutian ke China